Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
FOTO Facebook MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang serta Sabah dan Sarawak hingga 4.00 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Sik dan Baling manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya serta Timur Laut.

Di Perak, cuaca buruk diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron.

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Beaufort) sementara di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei serta Meradong) dan Mukah.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: BUDI95: Pengumuman kuota tambahan pemandu e-hailing dalam masa terdekat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.