Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11 dihukum penjara seumur hidup atas insiden kebakaran hotel di Turkiye
  • GLOBAL

11 dihukum penjara seumur hidup atas insiden kebakaran hotel di Turkiye

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN bomba di luar Hotel Grand Kartal, Bolu, Türkiye. 21 Januari 2025. Foto fail


ISTANBUL: Sebuah mahkamah di Turkiye pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 11 individu termasuk pemilik hotel dan beberapa pegawai tempatan selepas didapati bersalah atas kecuaian yang menyebabkan kebakaran di sebuah hotel peranginan ski hingga meragut 78 nyawa di wilayah Bolu pada Januari lalu.

Mahkamah mendapati pemilik Hotel Grand Kartal, Halit Ergul, isterinya, dua anak perempuan mereka, pengurus hotel, seorang timbalan datuk bandar dan seorang timbalan ketua bomba bersalah kerana cuai dengan kemungkinan niat menyebabkan kematian.

ANGGOTA bomba cuba memadamkan kebakaran di Hotel Grand Kartal di Bolu, 22 Januari 2025. Foto fail

Kesemua mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bagi kematian 34 kanak-kanak, selain tambahan 25 tahun penjara kerana menyebabkan kematian 44 orang dewasa dalam kebakaran itu.

Defendan menafikan pertuduhan dan dijangka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Secara keseluruhan, perbicaraan itu melibatkan 32 tertuduh. 

HOTEL Grand Kartal terbakar, Bolu, Türkiye, pada 21 Januari 2025. Foto fail

Selain 11 yang dijatuhi hukuman seumur hidup, seramai 18 individu lain, kebanyakannya pekerja hotel dikenakan hukuman penjara antara 12 hingga 22 tahun, manakala tiga lagi dibebaskan oleh mahkamah, lapor media tempatan.

Kebakaran berlaku pada 21 Jan di Hotel Grand Kartal setinggi 12 tingkat di pusat peranginan ski wilayah Bolu ketika musim cuti sekolah musim sejuk. Insiden itu mengorbankan 78 mangsa dan mencederakan 137 yang lain.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Wabak selesema burung di Jerman kian menular, 10 negeri terjejas
Next: Tandas emas 18 karat rekaan seniman itali bernilai jutaan dolar dilelong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.