Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki cabul pekerja wanita di pekan Kanowit
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki cabul pekerja wanita di pekan Kanowit

Utusan Sarawak 10 hours ago
POLIS….Menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul seorang pekerja wanita salah sebuah kedai di pekan Kanowit.

KANOWIT: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencabul seorang pekerja wanita salah sebuah kedai di pekan Kanowit, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal, berkata kejadian berlaku sekitar 9.30 pagi apabila pengadu didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menyentuh bahunya sambil bertanyakan tentang keberadaan bapanya.

“Selepas pengadu menjawab pertanyaan itu, lelaki terbabit menyentuh buah dada pengadu, pengadu menepis tangan lelaki terbabit dan terus melarikan diri ke bahagian ruangan hadapan kedai. 

“Tindakan lelaki tersebut membuat pengadu berasa tidak selesa. Pengadu datang ke balai dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Katanya, suspek berumur 51 tahun yang juga penganggur telah berjaya dikesan serta ditangkap dan pakaian yang dipakai oleh suspek semasa kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati tidak ada motif jelas suspek bertindak sedemikian. Semasa kejadian suspek tidak dalam pengaruh alkohol.

“Suspek akan dipohon reman pada 30 Oktober untuk siasatan lanjut. Klasifikasi kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan miliki pil disyaki nospan dalam Op Tapis Khas
Next: Lelaki serang isteri dan anak diperintah reman enam hari di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.