Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Krisis Liverpool memuncak selepas tersingkir Piala Liga kepada Palace
  • SUKAN

Krisis Liverpool memuncak selepas tersingkir Piala Liga kepada Palace

Utusan Sarawak 22 hours ago

Liverpool tersingkir daripada Piala Liga selepas tewas kepada Crystal Palace. Foto AFP

LONDON: Liverpool tersingkir daripada Piala Liga selepas kekalahan 3-0 kepada Crystal Palace dalam pusingan keempat awal pagi tadi, sekali gus menambah tekanan terhadap krisis yang semakin meruncing di Anfield.

Ismaila Sarr menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum Yeremy Pino menambah satu lagi gol untuk memastikan pasukan bimbingan Arne Slot itu mengalami kekalahan keenam dalam tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

Slot menurunkan barisan pemain lemah kerana memberi keutamaan kepada perlawanan penting menentang Aston Villa, Real Madrid dan Manchester City dalam tempoh dua minggu akan datang.

Namun, kekalahan ini tetap menjadi tamparan hebat buat Liverpool, hanya beberapa hari selepas tewas 3-2 kepada Brentford pada Sabtu lalu, yang semakin menjejaskan usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.

The Reds kini tewas empat perlawanan liga berturut-turut dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Arsenal.

“Ini bukan standard Liverpool untuk kalah enam daripada tujuh perlawanan,” kata Slot. 

“Tapi kami hanya ada dua hari untuk berehat sebelum perlawanan seterusnya, kemudian dua hari lagi sebelum menentang Real Madrid, dan beberapa hari selepas itu bertemu Man City.

“Orang boleh berpendapat apa sahaja, tetapi dengan skuad yang hanya mempunyai kira-kira 15 atau 16 pemain utama yang tersedia, inilah pilihan yang saya buat.

“Tekanan sudah pun tinggi untuk minggu depan kerana kami akan berdepan tiga pasukan yang sangat sukar.”

Liverpool kini berdepan kritikan hebat atas kelemahan pertahanan serta prestasi hambar dua pemain bintang baharu, Alexander Isak dan Florian Wirtz, yang menambah parah kejatuhan pasukan itu.

Isak, Wirtz, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk semuanya tidak diturunkan apabila Slot membuat 10 pertukaran dan menyenaraikan remaja Kieran Morrison, Rio Ngumoha serta Trey Nyoni.

Pertaruhan itu nyata tidak menjadi, dan juara Piala FA, Palace, kini telah menewaskan Liverpool tiga kali dalam tempoh hanya 80 hari — termasuk kemenangan menerusi penalti dalam Perisai Komuniti dan kemenangan 2-1 dalam Liga Perdana.

Slot menukar formasi kepada tiga pertahanan bagi menyegarkan permainan Liverpool, tetapi percubaan itu gagal apabila kesilapan Joe Gomez membolehkan Sarr menjaringkan gol dari jarak 12 ela pada minit ke-41.

Pemain sayap Senegal itu menggandakan kelebihan Palace tepat sebelum rehat selepas menerima hantaran Pino di hadapan penyokong Kop yang terpaku.

Pemain gantian Liverpool, Amara Nallo, dilayangkan kad merah pada minit ke-79 selepas melakukan kekasaran profesional terhadap Justin Devenny.

Pino kemudian menambah gol ketiga Palace pada minit ke-88 untuk memastikan tempat ke suku akhir menentang Arsenal. – AFP

Continue Reading

Previous: Terbuka Hylo: Dua beregu lelaki utama negara buka langkah kanan
Next: Terbuka Hylo: Kisona mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.