Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • i-CATS bentang hala tuju strategik kepada Premier Sarawak
  • SEMASA

i-CATS bentang hala tuju strategik kepada Premier Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
Abang Johari merakamkan gambar kenang-kenangan bersama rombongan Kolej Universiti i-CATS. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kolej Universiti i-CATS yang diketuai oleh Pro Canselor, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain di Kompleks Satria Pertiwi.

Kunjungan tersebut bertujuan membentangkan perkembangan terkini serta hala tuju strategik Kolej Universiti i-CATS dalam memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang berteraskan pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Sarawak.

Antara perkara utama yang dikemukakan ialah pencapaian dan kemajuan i-CATS yang kini berada di landasan untuk mencapai status universiti penuh dalam masa terdekat.

Pihak pengurusan turut melaporkan peningkatan positif dalam jumlah enrolmen pelajar serta perkembangan program akademik baharu, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Selain itu, rombongan turut memaklumkan kemajuan pembangunan Kampus Utama i-CATS di Trombol, Kuching yang dijangka menjadi hab pembelajaran moden dan bersepadu bagi Sarawak.

Dalam pertemuan tersebut, pihak i-CATS turut membentangkan status penubuhan dua fakulti baharu, iaitu Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa dan Fakulti Peralihan Tenaga.

Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa dijangka memulakan pengambilan kohort pertama pada Ogos 2025, manakala Fakulti Peralihan Tenaga diwujudkan bagi menyokong aspirasi Sarawak ke arah ekonomi hijau dan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Kolej Universiti i-CATS juga memaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen ke-27 akan diadakan pada 8 November 2025 di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching, sebagai manifestasi komitmen institusi tersebut dalam melahirkan graduan berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Junaidi Mohidin, Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Profesor Emeritus Ts. Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Pendaftar Kolej Universiti i-CATS, Rosmawati Priman, Dekan Kolej Universiti i-CATS, Profesor Ir. Dr. Shuhaimi Mansor serta pegawai-pegawai lain. – JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SARORSO teruskan legasi pemuliharaan orkid Sarawak di bawah patron baharu
Next: Premier Sarawak rasmikan majlis graduasi Swinburne Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.