Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertengkaran suami isteri bertukar tragedi, anak perempuan cedera cuba meleraikan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertengkaran suami isteri bertukar tragedi, anak perempuan cedera cuba meleraikan

Utusan Sarawak 2 days ago
KEDUA-DUA…Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

SIBU: Pertengkaran antara sepasang suami isteri di sebuah rumah teres di kawasan Permai Jaya, di sini, awal pagi tadi bertukar tragedi apabila si suami dipercayai menetak isterinya menggunakan objek tajam.

Dalam insiden sekitar 5.00 pagi itu, kedua-dua mangsa wanita berusia 46 tahun dan anak perempuannya berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di hospital.

Bertindak atas laporan, pasukan polis peronda bergegas ke lokasi kejadian.

KEDUA-DUA…Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, suspek yang juga suami kepada mangsa berusia 46 tahun telah melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum ketibaaan pihak polis di lokasi kejadian. Mangsa (isteri) mengalami kecederaan parah di bahagian dahi dan bawah ketiak kiri manakala anak perempuan cedera di bahagian belakang kepala serta tangan kanan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembangunan Jepak perlu penyelarasan mantap antara agensi – Iskandar Turkee
Next: Operasi cari mangsa disambar buaya di Niah masih dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.