
KUCHING: Polis Kuching memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai seorang wanita hilang, Marianna Liew Ai Jia, 24 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata Marianna dilaporkan terakhir kali dilihat meninggalkan sebuah rumah di Tabuan Laru pada kira-kira 3.30 petang, 25 Oktober 2025.
Wanita berkenaan dilaporkan memandu sebuah Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran QAS9590 dan memakai baju-T putih serta skirt hitam.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Ketua Balai Polis Tabuan Jaya, Inspektor Sub Richard Sanut, di talian 017-8505555 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di 082-244444,” kata Alexson.
Oleh Connie Chieng