Tolong jaga kebersihan Giam Bidai Ulu Niah

Facebook
WhatsApp
TERBAIK… Kelihatan salah seorang pengunjung sedang berusaha membersihkan sebahagian sampah-sarap yang ditinggalkan pengunjung lain di Giam Bidai Ulu Niah.

NIAH : Ramai pengunjung melahirkan rasa kecewa apabila melihat sampah-sarap menjejaskan kawasan rekreasi Giam Bidai Ulu Niah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung ke situ sebelum ini.

Seorang pengunjung yang enggan namanya disiarkan berkata, keadaan ini mencerminkan sikap segelintir pengunjung yang mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin terhadap kebersihan alam sekitar.

Katanya, keindahan semulajadi di kawasan popular ini telah tercemar, malah boleh membahayakan pengunjung lain kerana antara sampah yang ditinggalkan adalah botol-botol kaca.

“Saya mohon jasa baik para pengunjung agar membungkus dan membawa balik sampah masing-masing untuk dibuang di tempat sepatutnya,” jelasnya.

Katanya lagi, jika keadaan ini dibiarkan berterusan, imej kawasan ini boleh tercemar dan orang ramai tidak akan berkunjung ke sini lagi.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa pada setiap hujung minggu kawasan ini akan dipenuhi orang ramai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.

Justeru orang ramai diingatkan supaya sentiasa memberi kerjasama dan bertanggungjawab sepenuhnya di dalam menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Sarawak.

Oleh Adum Liu

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi