Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu

Utusan Sarawak 14 hours ago
TYT Sarawak menyerahkan cenderamata berupa naskah buku kepada CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah. Foto Japen

PETRA JAYA: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pesuruhjaya Polis Sarawak di Astana Negeri Sarawak.

Kunjungan tersebut merupakan pertemuan sulung antara Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, bersama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah sejak beliau memulakan tugas secara rasmi pada 26 September lalu, menggantikan Datuk Mancha Ata yang bersara wajib pada 29 September 2025.

CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah menandatangani buku pelawat di Astana Negeri Sarawak. Foto Japen

Lawatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak dalam memperkukuh hubungan dengan kepimpinan negeri serta mempertingkat kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sarawak terus terpelihara.

Sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang siasatan jenayah serta penguatkuasaan undang-undang.

Turut hadir, Ketua Jabatan Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah; dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, ACP Maria Rasid.- Japen

Continue Reading

Previous: Ayob Khan tolak dikait ketuai siasatan isu FAM
Next: Ayob Khan: Buku Tun Hisan bukti keberanian dan integriti PDRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.