Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda Klan Tiang Sibu digesa kekal warisan, sokong agenda hijau Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda Klan Tiang Sibu digesa kekal warisan, sokong agenda hijau Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT ULANGTAHUN KE-14….. Michael Tiang memotong kek sambutan Ulangtahun Ke-14 Persatuan Klan Tiang Sibu malam tadi.

SIBU: Persatuan Klan Tiang Sibu digesa agar terus mengekalkan semangat kekeluargaan, tidak melupakan asal usul, serta menyokong agenda pembangunan dan transformasi ekonomi hijau kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata generasi muda dalam persatuan itu perlu meneruskan semangat kerja keras, ketabahan dan kegigihan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, selain memainkan peranan penting dalam memelihara warisan dan budaya keluarga.

“Kita semua berasal daripada satu keturunan dan mengalir darah yang sama. Identiti sebagai anak Persatuan Klan Tiang adalah satu kebanggaan. Jangan lupa asal-usul kita walaupun kini hidup lebih baik dan berpendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-14 Persatuan Klan Tiang Sibu yang diadakan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, turut menekankan kepentingan mendokumentasikan sejarah keluarga agar ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang melalui penggunaan teknologi digital.

“Kita perlu mendigitalkan warisan keluarga, menjejaki sejarah dan sumbangan nenek moyang agar generasi muda dapat mengenali akar keturunan mereka dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Beliau turut memuji kepimpinan persatuan itu yang sentiasa komited serta aktif memperkukuh jaringan hubungan kekeluargaan sesama ahli di seluruh negeri.

Selain itu, Tiang menzahirkan rasa bangga terhadap usaha persatuan yang menitikberatkan pendidikan dengan menyampaikan anugerah kecemerlangan akademik kepada anak-anak ahli.

“Pelaburan terbaik ialah pelaburan dalam pendidikan generasi muda. Inilah cara terbaik memastikan warisan dan semangat keluarga Chen terus subur,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa keharmonian dan perpaduan kaum di Sarawak merupakan kekayaan terbesar negeri ini yang perlu terus dipelihara.

“Di kala dunia bergolak dengan pelbagai krisis politik dan perkauman, Sarawak kekal stabil, aman dan harmoni. Inilah harta paling bernilai yang perlu kita jaga bersama,” ujarnya.

Majlis tersebut turut menyaksikan upacara angkat sumpah wanita dan pemuda Persatuan Klan Tiang Sibu, penyampaian insentif pendidikan kepada anak-anak ahli, serta penyampaian angpow kepada warga emas persatuan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan Ling Kai Cheng ditutup waktu malam mulai 27-31 Oktober ini, bukan sepanjang hari
Next: Penduduk Julau digesa terus usahakan tanaman komoditi demi pendapatan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.