Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantuan selesai diagihkan di DUN Bukit Sari
  • TEMPATAN

Bantuan selesai diagihkan di DUN Bukit Sari

Utusan Sarawak 5 years ago

ADENG IDRUS

LAWAS: Misi penghantaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari selesai sejurus semua zon Bukit Sari menerima bantuan Kerajaan Sarawak pada Sabtu lepas.

Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari, Awang@Ibrahim Ahmat, memberitahu sekarang, pasukan barisan hadapan Pusat Khidmat Parti PBB Bukit Sari hanya melakukan penghantaran ke kampung yang ada tambahan penerima dan segelintir kecil yang tercicir.

Ini sejajar dengan arahan Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mahu tidak ada rakyat di Bukit Sari dan Lawas tercicir daripada menerima bantuan berkenaan.

Pusat Khidmat Parti PBB Cawangan Bukit Sari masih meneruskan operasi bagi menerima senarai penerima daripada ketua kampung dan penempatan untuk dikemas kini.

Malah penghantaran bantuan diteruskan bagi menampung keluarga yang tercicir kerana sewaktu penghantaran mereka tidak dapat dihubungi.

Keseluruhannya kawasan DUN Bukit Sari telah selesai dihantar barangan bantuan untuk PKP pertama dan PKP lanjutan untuk kali kedua.

Beliau yang ditemui juga menjelaskan, bantuan yang diberikan adalah bertepatan dengan jumlah peruntukan yang diumumkan.

Semua 7400 penerima bantuan makanan di Lawas mendapat bantuan barangan asas yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas dan Bahagian Limbang.

Salinan senarai juga diberikan untuk rujukan pihak berkuasa diperingkat Bahagian Limbang dan Pejabat Timbalan Ketua Menteri.

Continue Reading

Previous: Julaihi, Rohani sumbang PPE
Next: Mayat nelayan karam ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.