Miri dilanda banjir kilat

Facebook
WhatsApp
DINAIKI AIR… Keadaan Balai Bomba dan Penyelamat Sentral Miri dinaiki air akibat hujan lebat,petang semalam.

MIRI: Hujan lebat hampir dua jam melanda sekitar bandar raya ini menyebabkan beberapa kawasan terjejas selepas dilanda banjir kilat, semalam.

Hujan yang turut bermula sekitar 1.30 petang itu menyebabkan Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral, Jalan Miri-Pujut, Jalan Miri-Bintulu, Bulatan Saberkas dan Jalan Pos dinaiki air.

Beberapa kenderaan turut dilihat bergerak perlahan melalui laluan jalan raya yang ditakungi air terutamanya di Jalan Miri-Pujut.

Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut sekitar 4.00 petang.

Oleh Liong Chai Ling