Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ujian Kecergasan Fizikal APM Saratok uji kesiapsiagaan anggota
  • WILAYAH

Ujian Kecergasan Fizikal APM Saratok uji kesiapsiagaan anggota

Utusan Sarawak 2 days ago
UJIAN Kecergasan Fizikal melibatkan penyertaan anggota LLP bagi menilai tahap ketahanan dan keupayaan fizikal anggota dalam melaksanakan tugas harian serta operasi lapangan. Foto APM Saratok

SARATOK: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok telah melaksanakan Ujian Kecergasan Fizikal melibatkan penyertaan anggota lain-lain pangkat (LLP) bagi menilai tahap ketahanan dan keupayaan fizikal anggota dalam melaksanakan tugas harian serta operasi lapangan.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, ujian ini merupakan sebahagian daripada penilaian berkala bagi memastikan semua anggota sentiasa berada dalam keadaan cergas, berdisiplin dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

 UJIAN Kecergasan Fizikal melibatkan penyertaan anggota LLP bagi menilai tahap ketahanan dan keupayaan fizikal anggota dalam melaksanakan tugas harian serta operasi lapangan. Foto APM Saratok

Antara komponen ujian yang dijalankan termasuk lari 2.4 kilometer (km), bangkit tubi, tekan tubi, dan larian pecut 50 meter (m).

“Ujian kecergasan ini bukan sahaja mengukur kekuatan fizikal, tetapi juga memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota APM,” katanya.

 UJIAN Kecergasan Fizikal melibatkan penyertaan anggota LLP bagi menilai tahap ketahanan dan keupayaan fizikal anggota dalam melaksanakan tugas harian serta operasi lapangan. Foto APM Saratok

Nur Athirah turut menegaskan bahawa tahap kecergasan yang tinggi amat penting bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan anggota ketika melaksanakan tugas di lapangan, terutama dalam operasi menyelamat dan bantuan bencana.

Program yang diadakan itu turut disertai pegawai dan anggota APM Saratok, dengan suasana penuh semangat dan komitmen terhadap tugas mempertahankan keselamatan serta kebajikan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM350,000 baik pulih Rumah Dayak dan Tadika Cina di Saratok
Next: NGO digesa terus mainkan peranan aktif di peringkat akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.