Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Pustaka Negeri Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Pustaka Negeri Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pustaka Negeri Sarawak bagi tujuan Sesi Wawancara Sejarah Lisan, yang berlangsung di kediaman rasmi beliau. Foto: Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pustaka Negeri Sarawak bagi tujuan Sesi Wawancara Sejarah Lisan, yang berlangsung di kediaman rasmi beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Japri Bujang Masli, mengetuai delegasi Pustaka Negeri Sarawak dan bertindak sebagai penemu ramah dalam sesi berkenaan. Turut serta ialah Ketua Bahagian Sejarah Lisan, Muhammad Shahrul Bahro, Nadzrah Othman serta jurukamera Pustaka Negeri Sarawak, Zainal Ali.

Sesi wawancara ini bertujuan mendokumentasikan pengalaman, pandangan serta perjalanan hidup Tun Wan Junaidi yang amat signifikan dalam sejarah pembangunan Sarawak dan negara, khususnya dalam bidang perundangan, politik, serta pentadbiran awam.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak untuk memperkukuh khazanah sejarah negeri melalui program Sejarah Lisan Sarawak, yang mendokumentasikan kisah tokoh-tokoh penting negeri sebagai rujukan generasi akan datang.

Dalam sesi berkenaan, Tun Wan Junaidi telah berkongsi pelbagai pengalaman berharga sepanjang lebih lima dekad dalam perkhidmatan awam dan politik, termasuk penglibatan beliau dalam pembentukan dasar, perundangan, serta peranan beliau dalam memperjuangkan kemajuan sosioekonomi rakyat Sarawak.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak atas inisiatif mengadakan wawancara tersebut, yang disifatkan sebagai satu langkah penting dalam memelihara dan mendokumentasikan sejarah negeri untuk manfaat masa hadapan.

Tun Wan Junaidi turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan yang diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda, khususnya dalam meneruskan perjuangan membangunkan Sarawak yang maju, makmur dan harmoni.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Ulama Sarawak dan Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak
Next: PUSAKA rangkul Anugerah Emas Sektor Awam AIGA 2025, RECODA menang Anugerah Gangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.