Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi bakal hadiri Regata Sarawak, Festival Tebingan Kuching 2025
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi bakal hadiri Regata Sarawak, Festival Tebingan Kuching 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri, pagi tadi.

Abdul Karim juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Regata Sarawak dan Festival Tebingan Kuching 2025.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan menjemput Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menghadiri beberapa acara utama yang bakal berlangsung pada awal November depan.

Antara acara berkenaan ialah Festival Gendang Sarawak yang dijadual diadakan pada 1 November di Kuching Waterfront.

TUN Wan Junaidi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

Acara tersebut dijangka turut dihadiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Majlis Penutupan Regata Sarawak 2025 akan berlangsung pada 2 November di Tebingan Sungai Kuching dihadiri Tun Wan Junaidi sebagai tetamu kehormat, manakala Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan berangkat sebagai tetamu diraja majlis tersebut.

Kedua-dua acara berkenaan khususnya Regata Sarawak yang merupakan antara acara tonggak Sarawak 2025 mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkayakan warisan budaya, tradisi dan seni persembahan negeri ini.

Turut hadir dalam kunjungan hormat berkenaan ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan tetamu kenamaan lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Arab Saudi umum syarat kesihatan baharu bakal jemaah haji
Next: Sarawak, Korea Selatan jalin kerjasama strategik pacu cip AI generasi seterusnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.