Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir Terbuka Denmark

Facebook
WhatsApp
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini.

Pada pertembungan di Jyske Bank Arena, Odense, pilihan keempat kejohanan itu hanya mengambil tempoh 38 minit untuk merakamkan kemenangan 21-17, 21-11 ke atas pilihan kelapan itu.

Menanti jaguh dunia itu di separuh akhir adalah antara pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin atau Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.

Dalam pada itu, perjuangan pasangan beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir selepas tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 18-21.

-Bernama

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak