Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ambulans baharu perkukuh operasi APM Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Ambulans baharu perkukuh operasi APM Saratok

Utusan Sarawak 5 days ago
APM Saratok telah menerima sebuah ambulans baharu daripada APM Kuching, baru-baru ini. Foto: APM Saratok

KUCHING: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok kini berupaya mempertingkat tahap kesiapsiagaan operasi selepas menerima sebuah ambulans baharu daripada APM Kuching, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan logistik dan operasi pasukan di peringkat daerah dalam menangani kecemasan serta memberi perkhidmatan pantas kepada masyarakat setempat.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, ambulans itu akan menjadi aset penting dalam memperluaskan keupayaan pasukan menghadapi pelbagai situasi kecemasan di lapangan.

“Penyerahan ini amat bermakna bagi APM Saratok kerana ia bukan sahaja membantu mempercepat gerak kerja menyelamat, malah meningkatkan keberkesanan pasukan dalam melaksanakan tugasan bantuan kemanusiaan,” katanya.

Menurutnya, ambulans berkenaan akan digunakan bagi pelbagai operasi termasuk pemindahan pesakit, perkhidmatan kecemasan perubatan, dan misi menyelamat semasa bencana.

Beliau menambah, dengan penambahan aset ini, APM Saratok akan dapat memberikan respon lebih cepat dan efisien kepada sebarang kejadian kecemasan di Daerah Saratok serta kawasan sekitarnya.

Nur Athirah turut merakamkan penghargaan kepada APM Kuching atas sumbangan dan sokongan berterusan dalam memperkukuh rangkaian kerjasama antara daerah.

“Hubungan erat antara APM Kuching dan APM Saratok ini memperlihatkan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi demi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Padawan Municipal Council halts unauthorised earthwork activities
Next: Anak ular ditemui di stor tadika, Bomba Lutong bertindak cekap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.