Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UPSI lokasi pertama latihan PLKN peringkat IPTA
  • SEMASA

UPSI lokasi pertama latihan PLKN peringkat IPTA

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Ya’cob Samiran bergambar bersama para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Latihan Menembak Pelatih Wanita PLKN 3.0 di Lapang Sasar Kem Sungai Besi hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi universiti pertama melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula pertengahan tahun hadapan, menjadikannya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perintis bagi pelaksanaan latihan di kampus.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Mej Jen (B) Datuk Ya’cob Samiran berkata program itu akan diperluaskan ke masing-masing tiga politeknik dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara pada tahun depan.

Beliau berkata pelaksanaan program itu susulan peruntukan RM250 juta melalui Belanjawan 2026 bagi program rintis pada peringkat pendidikan tinggi sebelum diperluaskan ke semua IPTA pada 2027.

“Kita akan mulakan di UPSI tahun depan mungkin pada Jun atau Julai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Latihan Menembak Pelatih Wanita PLKN 3.0 Siri 3/2025 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

PARA pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjalani latihan menembak di Lapang Sasar Kem Sungai Besi hari ini. Foto Bernama

Ya’cob berkata modul latihan PLKN juga akan dijadikan mata pelajaran wajib pelajar baharu di IPTA.

“Pelajar universiti dengan pengambilan bermula tahun hadapan atau lahir selepas 2008 wajib menjalani latihan ini sebagai sebahagian daripada mata pelajaran wajib, terutamanya subjek kenegaraan.

“Namun bagi pelajar yang sudah mengikuti program seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau program berkaitan ketenteraan lain, mereka tidak perlu mengambil modul latihan asas ketenteraan,” katanya.

Ya’cob berkata, PLKN 3.0 memberi tumpuan kepada tiga modul melibatkan kenegaraan, kepimpinan dan asas ketenteraan bagi membentuk jati diri serta semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

“Modul kali ini menekankan semangat kenegaraan, kepimpinan dan asas ketenteraan supaya pelatih memahami peranan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

“Siri pertama PLKN 3.0 bagi 2026 bermula Januari hingga awal Mac melibatkan pelatih berumur antara 17 hingga 25 tahun dipilih melalui sistem komputer (balloting) atau secara sukarela,” katanya.

Selain itu, beliau berkata 11 kem PLKN akan beroperasi di seluruh negara tahun hadapan termasuk kem baharu di Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan manakala dua lagi pada 2027. 

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penularan Influenza A: Tabika,Tadika KEMAS di Sarawak beroperasi seperti biasa tiada arahan penutupan
Next: Maritim Malaysia, TLDM perkukuh pertahanan lautan negara di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.