Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kemalangan di lokasi pusingan P, Pan Borneo Engkilili
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kemalangan di lokasi pusingan P, Pan Borneo Engkilili

Utusan Sarawak 3 days ago
KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah trak tentera di kawasan pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo di Jalan Engkilili petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

ENGKILILI: Seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah trak tentera di kawasan pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo di Jalan Engkilili petang tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada 5.54 petang.

KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah trak tentera di kawasan pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo di Jalan Engkilili petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang diketuai oleh Pegawai Bomba Edwin Jonani bersama lapan anggota segera bergegas ke lokasi dengan menggunakan Jentera Penyelamat Kebombaan (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Setiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati seorang lelaki dewasa yang memandu kereta Perodua Alza terperangkap di dalam kenderaan, namun tidak tersepit. 

KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah trak tentera di kawasan pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo di Jalan Engkilili petang tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan tidak mampu keluar sendiri akibat kesakitan. Pasukan bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa sebelum diberikan rawatan awal oleh unit EMRS di lokasi. 

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Selepas operasi menyelamat selesai, pihak bomba turut melakukan kerja pembersihan jalan bagi memastikan laluan selamat digunakan pengguna lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar batu
Next: Lelaki maut kemalangan di Jalan Sibu–Tanjung Manis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.