Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka kematian dalam bencana akibat hujan di Nepal mencecah 51 orang
  • GLOBAL

Angka kematian dalam bencana akibat hujan di Nepal mencecah 51 orang

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO dikeluarkan oleh Tentera Nepal pada 5 Oktober 2025 lalu menunjukkan anggota Tentera yang membawa mangsa tanah runtuh dipindahkan oleh helikopter berikutan tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan hujan lebat di Nepal. Tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Nepal telah mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang, kata seorang pegawai bencana pada 5 Oktober lepas. Foto AFP

KATHMANDU: Angka kematian akibat bencana yang dicetuskan oleh hujan lebat di Nepal meningkat kepada 51 orang, lapor Xinhua yang memetik agensi kerajaan pada Selasa.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional dalam satu kenyataan, 38 mangsa maut akibat tanah runtuh, 10 akibat banjir dan tiga lagi akibat dipanah petir.

Enam orang masih hilang, termasuk lima yang dihanyutkan banjir, manakala 47 lagi cedera, menurut kenyataan itu.

Agensi keselamatan yang diketuai oleh Tentera Nepal menyelamatkan 1,337 orang di 15 daerah, menurut tentera.

Infrastruktur di Nepal, termasuk lebuh raya dan stesen janakuasa hidroelektrik, turut rosak akibat bencana yang berpunca daripada hujan berterusan sejak petang Jumaat lepas.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Harga minyak naik hari kedua selepas OPEC+ umum peningkatan pengeluaran
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.7 landa 21 km barat Lae, Papua New Guinea – USGS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.