Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan luaskan manfaat BUDI95 kepada 31,000 penerima baharu
  • NASIONAL

Kerajaan luaskan manfaat BUDI95 kepada 31,000 penerima baharu

Utusan Sarawak 2 days ago
KERAJAAN peluasan kelayakan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada tiga kelompok baharu melibatkan lebih 31,000 rakyat di seluruh negara.

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan peluasan kelayakan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada tiga kelompok baharu melibatkan lebih 31,000 rakyat di seluruh negara.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan peluasan itu merangkumi lebih 17,900 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, lebih 4,300 pemilik bot persendirian berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta lebih 9,700 pemegang lesen memandu baharu yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Dengan peluasan ini, mereka kini sebahagian daripada lebih 16 juta rakyat yang menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi,” menurut kenyataan itu.

MOF, ia juga sedang memuktamadkan data tambahan melibatkan pengguna bot yang tidak mempunyai lesen memandu di negeri lain khususnya Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, MoF memaklumkan perbincangan antara Agensi Pengangkutan Awam Darat dan syarikat pengendali e-hailing sedang diselaras bagi pelaksanaan penambahan siling kelayakan melebihi 300 liter sebulan kepada pemandu sepenuh masa.

Langkah itu bertujuan memastikan kelangsungan pekerjaan pemandu e-hailing tidak terjejas oleh pelaksanaan subsidi bersasar.

“Kerajaan MADANI kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

MoF turut memberi jaminan bahawa kementerian dan agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 serta melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 dan WhatsApp +603-2631 4595 untuk maklumat lanjut.

Portal berkenaan turut dilengkapi ciri semakan sejarah transaksi yang boleh diakses melalui MyDigital ID bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiada arahan hadkan penggunaan SUV dalam perkhidmatan E-Hailing – Loke
Next: GSF: 23 aktivis Malaysia dijangka tiba 10.00 malam ini – Nadir Al-Nuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.