
SIBU: Kejohanan Bola Tampar Program Sukan Pembangunan Sekolah Menengah Kategori Bawah 15 Tahun (TKB) Bahagian Sibu 2025 melabuhkan tirainya semalam, dengan menyaksikan perlawanan sengit yang penuh semangat kesukanan.
SMK Tung Hua muncul juara kategori perempuanTKB 15 selepas menewaskan SM Tinggi Katholik yang berpuas hati di tempat kedua, manakala SMK Methodist dan SMK Lanang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.


BAKAT SUKAN…. Pelawanan yang sengit dan penuh semangat kesukanan.
Bagi ketegori lelaki TKB 15, SMK Methodist dinobatkan sebagaj juara, diikuti SMK Tung Hua selaku naib juara, sementara SMK Kwong Hua meraih tempat ketiga dan SMK Sibu Jaya di menamatkan saingan di tempat keempat.
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kevin Lau Kor Jie berkata, kejayaan penganjuran kali ini bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar, malah menjadi platform untuk mengangkat sukan bola tampar ke tahap lebih tinggi di peringkat bahagian.

ketegori lelaki TKB 15, SMK Methodist. Turut kelihatan ialah Moh (berdiri belakang, empat kiri).
“Untuk mengangkat sukan ini memerlukan usaha bersama dan saya percaya bakat pemain muda, digabungkan dengan kepimpinan jurulatih berpengalaman, mampu membawa bola tampar ke tahap lebih mantap,” katanya ketika pada majlis penutupan kejohanan itu, semalam.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan.

“Kerjasama erat inilah yang membolehkan pertandingan berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kejayaan,” tambahnya.
Turut hadir Presiden Persatuan Bola Tampar Sibu Sarawak, Datuk Moh Wung Ming, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (Sektor Pembangunan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, Kong Chiong Hui, Pengetua SMK Kwong Hua, Wong Ling Jiong serta yang lain.
Oleh Akun Giman