Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sibu anjur Taklimat Patuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ Sibu anjur Taklimat Patuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987

Utusan Sarawak 4 days ago
PERKONGSIAN……Para peserta Program Taklimat Ubahsuai Kenderaan Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah di bawahnya di Perpustakaan Awam MPS, semalam.

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah menganjurkan Program Taklimat Ubahsuai Kenderaan Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah di bawahnya di sini, semalam.

Program tersebut yang berlangsung di Perpustakaan MPS telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim.

Seramai 80 peserta hadir terdiri daripada 35 pengusaha kedai aksesori, pengedar kenderaan dan bengkel motosikal sekitar Sibu, 25 kakitangan JPJ Sibu dan Stapang serta 20 kakitangan MPS.

Dalam taklimat itu, JPJ menegaskan pengubahsuaian kenderaan secara ekstrem adalah kesalahan serius yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Tindakan tegas termasuk sitaan akan dikenakan terhadap pemilik yang melanggar undang-undang.

UNTUK KENANGAN…..Nur Azlan (tiga kiri), Izkandar (tiga kanan) merakam kenangan bersama para peserta Program Taklimat Ubahsuai Kenderaan Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta kaedah-kaedah di bawahnya di Perpustakaan Awam MPS, semalam.

JPJ Sarawak juga menggesa pengusaha kedai aksesori, pengedar kenderaan dan bengkel motosikal memainkan peranan dengan menasihati pelanggan mengenai risiko serta implikasi undang-undang berhubung pengubahsuaian tidak sah.

Kerjasama erat antara pihak berkuasa dan industri, jelas JPJ, amat penting bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terjamin.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Dato Roseley serta Timbalan Ketua Cawangan JPJ Sibu, Mohd Ariffin Zaini.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Hari ketiga operasi SAR wanita warga emas hilang, radius pencarian diperluas
Next: Eksklusif: JBPM Zon Sibu galak penduduk daftar sebagai Rakan Pili Bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.