Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan terus jadi keutamaan, kemudahan sekolah dinaik taraf
  • PENDIDIKAN

Pendidikan terus jadi keutamaan, kemudahan sekolah dinaik taraf

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming menyantuni murid-murid Tadika Hikmah semasa meninjau projek bumbung baharu di sekolah berkenaan hari ini.

BINTULU: Pendidikan tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan asas penting dalam melahirkan generasi masa depan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Beliau berkata, sekolah perlu sentiasa disokong dengan kemudahan yang baik supaya murid mendapat persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.

“Bumbung baharu ini bukan sahaja menyediakan ruang yang lebih selamat kepada murid dan guru ketika hujan, malah membolehkan kawasan sekolah dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan pembelajaran dan aktiviti.

“Pendidikan merupakan asas utama dalam melahirkan generasi masa depan, dan dalam apa jua keadaan, ia tidak boleh diabaikan.

“Saya akan terus berusaha menyokong sekolah serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk anak-anak kita,” katanya.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming memotong riben simbolik perasmian projek bumbung baharu di Tadika Hikmah, Kampung Assyakirin di Bintulu hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat Tadika Hikmah, Kampung Assyakirin di sini hari ini bagi meninjau projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bumbung baharu serta menyaksikan majlis penyerahan rasmi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pihak pengurusan sekolah.

Menurut Johnny, bumbung baharu itu membolehkan kawasan sekolah digunakan secara optimum tanpa terjejas oleh faktor cuaca sekali gus meningkatkan keberkesanan aktiviti pembelajaran.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bahasa Melayu perlu diperkasa sebagai bahasa ilmu merentasi bidang teknikal, sains
Next: Karnival TVET 2025 di Simanggang pertengahan November depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.