SABATI sumbang peralatan komputer kepada Klinik Kesihatan Nanga Machan

Facebook
WhatsApp
BANTUAN….. Dinamicayanti (tujuh kiri) menyerahkan peralatan komputer pejabat kepada Klinik Kesihatan Nanga Machan, baru-baru ini. Turut kelihatan ialah Allan (enam kiri) dan Cathrine (lima kiri).

KANOWIT: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (Sabati) menyumbangkan peralatan komputer pejabat kepada Klinik Kesihatan Nanga Machan bagi memudahkan urusan pentadbiran harian di pusat kesihatan tersebut.

Penyerahan itu diketuai isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Dinamicayanti Daris, bersama Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.50 Machan, Datin Sri Dato Cathrine Gramong.

Rombongan Sabati disambut mesra kakitangan klinik yang diketuai Penolong Pegawai Perubatan Menguasa, Thomas Melajim.

Turut hadir ADUN Machan, Allan Siden Gramong, Kaunselor Belala Empawie serta barisan Exco Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.50 Machan.

Oleh Akun Giman