110 beg darah berjaya dikumpul

Facebook
WhatsApp
DERMA DARAH… Anggota ATM menderma darah dalam usaha membantu memastikan HUS mempunyai bekalan darah yang mencukupi dalam Program Derma Darah di Kem Muara Tuang, kelmarin.

SUSULAN kekurangan bekalan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pasukan di bawah naungan 1 Divisyen tampil bekerjasama dengan Hospital Umum Sarawak (HUS) mengadakan Program Derma Darah.

Program sehari yang diadakan pada Khamis lalu telah dilaksanakan oleh Batalion Pertama Perubatan bertempat di Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen, usaha tersebut adalah untuk mendapatkan stok simpanan darah yang semakin berkurangan di musim wabak Covid-19 ini.

“Seramai 128 peserta terdiri daripada warga tentera sekitar Kuching dan Kota Samarahan telah mendermakan darah.

“Hasilnya, 110 beg darah telah berjaya dikumpulkan. Jumlah bekalan darah tersebut berjaya mencapai sasaran pihak HUS,” kata kenyataan tersebut, semalam.

ATM berharap kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan akan sentiasa komited serta bersedia membantu pihak KKM dalam usaha menampung bekalan darah demi kesejahteraan semua.

Oleh Zarina Abdullah

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi