Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki terima kunjungan hormat SPR

Facebook
WhatsApp
DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyampaikan cenderamata kepada Datuk Khairul Shahril Idrus semasa sesi kunjungan hormat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

PETRA JAYA: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam satu kenyataan media, kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama antara SPR dan Perkhidmatan Awam Sarawak.

SESI perbincangan bersama delegasi SPR semasa sesi kunjungan hormat hari ini.

Perkara tersebut memberi tumpuan khusus kepada aspek penyelarasan persediaan dan pengendalian urusan pilihan raya di peringkat negeri.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima kunjungan hormat daripada delegasi barisan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), yang diketuai Datuk Khairul Shahril Idrus di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha (Operasi) SPR Malaysia Shafie Taib, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Sarawak Abang Noraffian Abang Ibrahim, Timbalan Pengarah PPN Sarawak Hamfatullah Syawal Hamdan, Setiausaha Bahagian (Persempadanan) SPR Malaysia Mohd Shukur Khalid, Penolong Pengarah PPN Sarawak Nurshaima Napis serta Penolong Setiausaha SPR Malaysia Harianto Saleh. -UKAS