Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Koperasi sekolah Sarawak sumbang RM44.64 juta perolehan
  • TEMPATAN

Koperasi sekolah Sarawak sumbang RM44.64 juta perolehan

Utusan Sarawak 7 days ago
RODIYAH Sapiee ketika melawat pameran sempena majlis Penutupan Pertandingan Asas Keusahawanan Koperasi (AKSI) Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Gerakan koperasi sekolah di Sarawak terus berkembang pesat dengan merekodkan perolehan mencecah RM44.64 juta setakat 31 Disember 2024.

Ahli Parlimen Batang Sadong yang juga Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rodiyah Sapiee, berkata sehingga kini terdapat 193 koperasi sekolah berdaftar di bawah penyeliaan SKM Sarawak dengan keanggotaan seramai 202,598 orang.

“Ini menunjukkan koperasi sekolah bukan sahaja menjadi wadah pembelajaran keusahawanan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat,” katanya.

RODIYAH Sapiee ketika melawat pameran sempena majlis Penutupan Pertandingan Asas Keusahawanan Koperasi (AKSI) Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penutupan Pertandingan Asas Keusahawanan Koperasi (AKSI) Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, hari ini.

Menurut beliau, koperasi sekolah telah membuktikan peranan penting dalam melahirkan pelapis usahawan muda, koperator berintegriti serta pemimpin masa depan.

RODIYAH Sapiee ketika melawat pameran sempena majlis Penutupan Pertandingan Asas Keusahawanan Koperasi (AKSI) Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Beliau turut memaklumkan bahawa dari 2021 hingga 2025, kerajaan telah menyalurkan RM563,200 geran bantuan kepada 16 koperasi sekolah bagi melaksanakan projek termasuk pengubahsuaian dan naik taraf kedai koperasi.

“Pertandingan AKSI menjadi platform terbaik untuk memupuk budaya inovasi, kreativiti dan disiplin dalam kalangan pelajar.

“Usaha ini penting untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda Sarawak yang mampu bersaing di peringkat global,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan 10 koperasi sekolah terbaik Sarawak bagi 2024, antaranya Koperasi Kolej Vokasional Betong Berhad, Koperasi MRSM Betong Sarawak Berhad dan Koperasi SMK Merbau Miri Berhad.

Beliau menegaskan, penggubalan Akta Koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) akan terus memperkukuh gerakan koperasi negara, menjadikannya lebih responsif, dinamik dan berdaya saing.

“Dengan sokongan penuh kerajaan dan semangat pelajar, saya yakin Sarawak mampu melahirkan lebih ramai juara kebangsaan dalam pertandingan koperasi pada masa akan datang,” tambahnya. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Berganding bahu jayakan kempen kebersihan berterusan perangi denggi
Next: Lions Nursing Home mural project inspires youth to give back

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.