Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Melvin dan Azuan juara edisi pertama Slingshot Kalaka di Saratok
  • SUKAN

Melvin dan Azuan juara edisi pertama Slingshot Kalaka di Saratok

Utusan Sarawak 1 day ago
PERTANDINGAN Slingshot Kalaka bagi merebut Piala Pemanca Lim Guan Ann Edisi Pertama anjuran Pergerakan Sayap Belia PBB Cawangan Kalaka dengan kerjasama MST Kampung Melango Saratok. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka 

SARATOK: Pertandingan Slingshot Kalaka bagi merebut Piala Pemanca Lim Guan Ann Edisi Pertama menyaksikan kehebatan peserta dalam dua kategori utama iaitu lapan meter dan 10 meter menampilkan Melvin Frank Liang dan Azuan Sapuan Abd Ganie dinobatkan sebagai juara.

Acara yang berlangsung di Kampung Melango, Saratok itu telah dirasmikan secara simbolik oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Program ini merupakan anjuran Pergerakan Sayap Belia PBB Cawangan Kalaka dengan kerjasama Melango Slingshot Team (MST).

Dalam kategori lapan meter, Melvin Frank Liang mengungguli saingan dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150, pingat dan hamper.

Tempat kedua dimenangi oleh Morsidi Amat (RM100, pingat dan hamper), manakala tempat ketiga diraih oleh Mohd Syahril Niza Jamahri (RM50, pingat dan hamper).

Bagi kategori 10 meter, Azuan Sapuan Abd Ganie dinobatkan sebagai juara selepas aksi konsisten menewaskan peserta lain. Beliau membawa pulang wang tunai RM150, pingat dan hamper. 

Naib juara dimenangi oleh Morsidi Amat (RM100, pingat dan hamper), manakala Ridzal Ahim berada di tempat ketiga (RM50, pingat dan hamper).

Selain itu, peserta yang menduduki tempat keempat hingga ke-10 turut menerima pingat dan hamper, manakala peserta di kedudukan ke-11 hingga ke-20 menerima hamper sebagai penghargaan.

Hadiah berkenaan merupakan sumbangan Pemanca Lim Guan Ann yang turut hadir menyempurnakan penyampaian hadiah bersama Ketua Pergerakan Sayap Belia 1828 PBB Cawangan Kalaka, Azizan Jamaat serta wakil MST Kampung Melango Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Sasaran pingat emas perlukan beregu lelaki terbaik – Herry Iman
Next: Penalti Osimhen rebahkan Liverpool di bumi Istanbul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.