Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • SpaceX sasar ujian penerbangan Ke-11 roket Starship pada pertengahan Oktober
  • GLOBAL

SpaceX sasar ujian penerbangan Ke-11 roket Starship pada pertengahan Oktober

Utusan Sarawak 1 day ago
SYARIKAT SpaceX melakukan ujian penerbangan ke-11 roket Starship, 13 Oktober ini.

LOS ANGELES: Syarikat SpaceX merancang untuk melakukan ujian penerbangan ke-11 roket Starship pada pertengahan Oktober, menurut syarikat itu pada Isnin, lapor Xinhua.

Pelancaran dijadualkan pada Isnin, 13 Oktober dengan jendela pelancaran bermula pada 6.15 petang (2315 GMT).

Bagi ujian kali ini, penggalak Starship akan berlepas menggunakan 24 enjin Raptor yang pernah digunakan dalam penerbangan sebelum ini untuk menguji konfigurasi baharu pembakaran pendaratan yang direka untuk roket Super Heavy pada masa depan.

Peringkat atas Starship pula akan menjalankan beberapa misi di angkasa, termasuk melancarkan lapan simulator Starlink yang hampir sama saiznya dengan satelit generasi baharu Starlink milik syarikat itu.

Misi ini juga akan melibatkan beberapa eksperimen dan pelarasan operasi bagi menyokong penerbangan Starship akan datang.

Bagi meniru trajektori misi pulangan masa depan ke pangkalan SpaceX di Texas, fasa akhir ujian akan merangkumi manuver perbankan dinamik dan penilaian algoritma panduan subsonik sebelum melaksanakan pembakaran pendaratan dan mencecah Lautan Hindi.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Penyelamat Indonesia giat kesan 38 pelajar dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan
Next: Gempa bumi berukuran 6.7 landa Leyte, Filipina – GFZ

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.