Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 100 hadiri Majlis Doa Hari Malaysia 2025 di Gereja Anglikan St John, Sibu
  • TEMPATAN

Lebih 100 hadiri Majlis Doa Hari Malaysia 2025 di Gereja Anglikan St John, Sibu

Utusan Sarawak 11 hours ago
BERSAMA…Jose (tengah) bersama pemimpin dan wakil gereja ketika meraikan acara memotong kek Hari Malaysia sempena Majlis Doa Hari Malaysia 2025 di Sibu pada malam tadi.

SIBU: Lebih 100 penganut Kristian daripada pelbagai denominasi telah menyertai Majlis Doa Hari Malaysia 2025 anjuran Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) Cawangan Sibu, yang berlangsung di Gereja Anglikan St John, Jalan Tun Abang Haji Openg, di sini, malam tadi.

Upacara bertemakan ‘Bersepakatlah dengan Tuhan dan hiduplah dengan damai, dengan cara ini kebaikan akan datang kepadamu’itu berlangsung selama sejam bermula 7.20 malam dengan penyertaan gereja Methodist SIAC (Iban), Methodist SCAC (Cina), Roman Katolik, Anglikan dan Borneo Evangelical Mission (BEM).

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri Ibu Pertiwiku, diikuti doa pembukaan oleh Naib Pengerusi ACS Sibu, Yang Amat Mulia Monsignor Michael Lee Hock Chai.

KERANAMU MALAYSIA…Jose (barisan hadapan, enam kanan) bersama pemimpin gereja dan hadirin merakamkan kenangan semasa Majlis Doa Hari Malaysia 2025 di Sibu pada malam tadi. 

Bacaan kitab suci oleh wakil-wakil gereja, nyanyian pujian serta penggunaan empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan Cina menyerlahkan kepelbagaian budaya yang diraikan bersama dalam suasana harmoni.

Pengerusi ACS Sibu yang juga Vicar Gereja Anglikan St John, Archdeacon Jose Jol Endru, berkata objektif utama penganjuran adalah untuk berdoa demi keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara khususnya di Sarawak dan Sibu.

“Walaupun Hari Malaysia telah berlalu, doa kita tetap penting untuk keamanan negara, kesejahteraan rakyat serta pentadbiran yang diberkati,” katanya sambil menggesa umat Kristian terus memelihara perpaduan dan mendoakan kepimpinan negara.

Acara turut diserikan dengan simbolik pemotongan kek Hari Malaysia oleh Jose bersama pemimpin-pemimpin gereja sebagai penutup rasmi upacara doa itu.

Turut hadir Bishop Joseph Hii Teck Kwong.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Industri dan perniagaan digalakkan laksana amalan mesra komuniti pekak
Next: Satu pertiga kerusi Parlimen untuk tiga wilayah adalah satu jaminan – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.