Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu buli di sekolah perlu dipandang serius semua pihak
  • SEMASA

Isu buli di sekolah perlu dipandang serius semua pihak

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie hadir pada Majlis Merarau SK Saint Paul Banting yang berlangsung di salah satu restoran di Bandar Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Isu buli di sekolah perlu dipandang serius oleh semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat bagi memastikan generasi muda membesar dalam suasana pembelajaran yang selamat dan harmoni.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menegaskan perkara itu ketika berucap pada Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul Banting yang berlangsung di salah satu restoran di Bandar Simanggang, hari ini.

Menurutnya, kes-kes buli yang semakin membimbangkan kebelakangan ini mampu memberi kesan besar terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan masa depan murid.

“Buli bukan sahaja boleh merosakkan keyakinan diri murid, malah mampu menjejaskan pencapaian akademik serta hubungan sosial mereka. 

“Ibu bapa dan guru perlu sentiasa berwaspada, peka serta mengambil berat setiap perkembangan tingkah laku anak-anak bagi membendung masalah ini,” katanya.

DATO Sri Doris Sophia Brodie hadir pada Majlis Merarau SK Saint Paul Banting yang berlangsung di salah satu restoran di Bandar Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Aman

Beliau turut menyeru agar nilai empati, kasih sayang dan sikap saling menghormati dipupuk sejak kecil dalam kalangan murid agar budaya buli dapat dihapuskan.

Dalam masa sama, Doris turut melahirkan rasa terharu melihat kegigihan para pendidik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat yang sentiasa berganding bahu menyokong pembangunan SK Saint Paul Banting, sebuah sekolah luar bandar yang tetap melahirkan ramai pelajar cemerlang meskipun berdepan kekangan infrastruktur.

“Pendidikan adalah kunci masa depan yang cemerlang. Justeru, marilah kita bersama-sama memupuk kesedaran tentang pentingnya pendidikan dan membina suasana sekolah yang bebas daripada buli,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Larangan vape cetus pasaran gelap, rugi hasil cukai
Next: PEMBERITAHUAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.