Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MBKS perkukuh kerjasama dengan Pusat Kebajikan Guro bagi inisiatif bandar mesra kanak-kanak dan warga emas
  • SEMASA

MBKS perkukuh kerjasama dengan Pusat Kebajikan Guro bagi inisiatif bandar mesra kanak-kanak dan warga emas

Utusan Sarawak 8 hours ago

DELEGASI Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang diketuai Datuk Bandar, Dato Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili ketika mendengar taklimat mengenai program kebajikan komuniti di Pusat Kebajikan Sosial Daerah Guro, Korea Selatan.

SEOUL: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar, Dato Zaiedi Suhaili serta Penolong Setiausaha Kanan, Lilian Liew telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Kebajikan Sosial Daerah Guro, Korea Selatan baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama dalam bidang kebajikan sosial dan pembangunan bandar inklusif, sejajar dengan aspirasi MBKS untuk mencapai status Bandar Mesra Kanak-Kanak serta Bandar Mesra Warga Emas.

DATUK Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng (kanan) beramah mesra bersama wakil Pusat Kebajikan Sosial Daerah Guro semasa lawatan ke kemudahan kecergasan komuniti di Korea Selatan.

Sepanjang kunjungan itu, delegasi MBKS diberi penerangan mengenai pelbagai program inovatif Guro termasuk Projek Robot Pintar “Hyodol”, Program Inklusif Digital untuk warga emas, selain Perkhidmatan Kesihatan dan Kebajikan Pintar yang menggabungkan teknologi dengan penjagaan komuniti.

Pusat kebajikan yang menerima hampir 375,000 pengguna setiap tahun itu turut melaksanakan inisiatif seperti Projek Penunggang Kesihatan dan Kebajikan serta Program Kognitif Tersuai yang memberi tumpuan kepada warga emas, golongan rentan dan isi rumah tunggal. Usaha tersebut seiring dengan matlamat MBKS membina komuniti inklusif, selamat dan mampan.

KENANGAN… Dato Wee Hong Seng merakam kenangan pada lawatan rasmi ke Pusat Kebajikan Sosial Daerah Guro, Korea Selatan hari ini.

Wee berkata, usaha Kuching Selatan ke arah menjadi bandar mesra kanak-kanak dan warga emas memerlukan pengaplikasian program serta infrastruktur berinovasi di samping perkongsian ilmu rentas sempadan.

“Apa yang kami lihat di Daerah Guro adalah model penjagaan komuniti yang menggabungkan teknologi, keterangkuman dan belas ihsan. Lawatan ini memberikan inspirasi berharga dalam usaha MBKS membangunkan sebuah bandar yang bukan sahaja mesra kepada generasi muda, tetapi juga menjaga kebajikan warga emas,” katanya.

Delegasi MBKS juga menzahirkan minat terhadap model kerjasama awam-swasta-akademia di Guro yang berjaya mengintegrasikan aspek kesihatan, pendidikan dan kebajikan, sekali gus menjadi rujukan kepada bentuk tadbir urus kolaboratif di Kuching Selatan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak secures RMB100m investment to establish first Alibaba Digital Commerce Industry College outside China
Next: Fahami MA63 asas keharmonian negara – Tun Wan Junaidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.