Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Banduan Malaysia Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura
  • JENAYAH

Banduan Malaysia Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura

Utusan Sarawak 2 days ago
BANDUAN akhir Malaysia, K Datchinamurthy, telah menjalani hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura hari ini.

SINGAPURA: Banduan akhir Malaysia, K Datchinamurthy, telah menjalani hukuman gantung di Penjara Changi, Singapura, hari ini, menurut pengesahan Biro Narkotik Pusat (CNB) republik itu.

“Pelaksanaan hukuman mati terhadap Datchinamurthy Kataiah telah dijalankan pada 25 September 2025. Datchinamurthy telah melalui proses undang-undang sepenuhnya dan diwakili peguam semasa perbicaraan serta rayuan,” kata CNB dalam satu kenyataan.

CNB berkata petisyen Datchinamurthy kepada Presiden Singapura bagi mendapatkan pengampunan juga tidak berjaya.

Datchinamurthy didakwa menyeludup 44.96 gram diamorfin ke Singapura pada 2011 dan dijatuhkan hukuman mati pada 15 April 2015.

Beliau merayu terhadap sabitan dan hukumannya, namun Mahkamah Rayuan menolak rayuan itu pada 5 Februari 2016.

Pada 2022, beliau diberikan penangguhan hukuman sebelum tarikh pelaksanaan awal pada 29 April 2022 bagi memulakan prosiding semakan kehakiman.

Sementara itu, peguam keluarga, N Surendran berkata mereka dimaklumkan pada sebelah petang bahawa hukuman itu akan diteruskan, selepas sebelum ini diberitahu bahawa pelaksanaan yang dijadualkan pada sebelah pagi telah ditangguhkan.

“Pada 12.30 tengah malam, keluarga Datchinamurthy menerima berita bahawa hukuman itu ditangguhkan. Namun, mengejutkan kami, sebentar tadi keluarga dimaklumkan bahawa hukuman akan diteruskan, dan supaya mengambil jenazah pada pukul 3.00 petang,” katanya dalam kenyataan.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 27 ditahan dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di Miri
Next: JIM Sarawak tahan 35 PATI termasuk tiga suspek judi dalam talian di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.