Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 4.9 magnitud landa Tenggara Afghanistan
  • GLOBAL

Gempa bumi 4.9 magnitud landa Tenggara Afghanistan

Utusan Sarawak 16 hours ago
GAMBAR hiasan.

KABUL: Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda tenggara Afghanistan pada petang Selasa, lapor Xinhua memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Pusat gempa dikesan pada kedalaman cetek 10 km, dengan koordinat pada 34.48 darjah lintang utara dan 70.71 darjah  bujur timur.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dikeluarkan, namun pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan teliti, mengambil kira kerentanan kawasan itu.

Gegaran itu berlaku hanya tiga minggu selepas gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 melanda timur Afghanistan pada 31 Ogos, meragut lebih 2,200 nyawa dan mencederakan lebih 3,600 orang di wilayah Kunar, Nangarhar dan Laghman.

Bencana itu turut memusnahkan lebih 7,000 kediaman sekali gus memburukkan lagi keperluan kemanusiaan di negara yang terdedah kepada gempa bumi itu.

-BERNAMA-XINHUA

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Budak Afghanistan sembunyi dalam ruang gear pendaratan pesawat ke Delhi
Next: 14 terbunuh akibat tasik pecah di Taiwan ketika Taufan Ragasa mengganas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.