
SRI AMAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini sehingga 27 September 2025 bagi memberi ruang kepada kerja penyelenggaraan di Loji Perawatan Air Pantu.
Menurut kenyataan JBALB, kerja penyelenggaraan melibatkan pemasangan dan penyelenggaraan komponen membran penapis di loji berkenaan.
“Gangguan bekalan air dijangka bermula pada 8.00 pagi sehingga kerja selesai, melibatkan kawasan seluruh Pantu, Sungai Tengang, Rapak dan Lachau,” jelas kenyataan itu.
Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan harian sepanjang tempoh gangguan.
JBALB turut memberi jaminan bahawa bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat selepas kerja selesai, dan sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang rasmi https://jbalb.sarawak.gov.my.