Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran musnahkan deretan gerai buah-buahan di Batu 9
  • KEBAKARAN

Kebakaran musnahkan deretan gerai buah-buahan di Batu 9

Utusan Sarawak 2 weeks ago

DERETAN gerai buah-buahan di Batu 9, Jalan Kuching-Serian musnah hampir 100 peratus.

KUCHING: Deretan gerai buah-buahan di Batu 9, Jalan Kuching-Serian musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.22 pagi.

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan selepas berjaya memadam kebakaran.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai, sebelum tiba enam minit kemudian.

Bantuan turut diterima daripada BBP Batu Lintang dan BBP Siburan.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan hampir keseluruhan deretan gerai buah-buahan,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman masih dijalankan setakat ini.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan sebahagian bangunan Pusat Internet Kampung Semera
Next: Orang awam padam kebakaran jerangan masakan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.