Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak utamakan respons aduan rakyat melalui tiga saluran utama
  • TEMPATAN

JKR Sarawak utamakan respons aduan rakyat melalui tiga saluran utama

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENGARAH JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris yang mempengerusikan Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Bil. 2/2025 di sini hari ini merakamkan gambar bersama para pegawai JKR Sarawak. Foto JKR Sarawak

MIRI: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terus memperkukuh perkhidmatan berteraskan rakyat dengan memberi tumpuan kepada tiga saluran utama aduan iaitu Talikhidmat, Media Sosial, dan WhatsApp JKR Sarawak Care.

Berdasarkan hantaran di laman Facebook rasmi, JKR Sarawak merakamkan penghargaan kepada rakan strategik, terutamanya penggiat media sosial yang berperanan penting menyalurkan maklumat daripada orang ramai.

Pengarahnya, Dr Cassidy Morris mempengerusikan Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Bil. 2/2025 di sini hari ini telah menegaskan kepentingan ‘kesedaran terhadap perkara penting’ dalam pengurusan aduan, seiring dengan dasar JKR Sarawak yang menetapkan setiap aduan awam perlu ditangani dalam tempoh 24 jam.

PENGARAH JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris yang mempengerusikan Sesi Libat Urus Pengurusan Aduan Bil. 2/2025 di sini hari ini merakamkan gambar bersama para pegawai JKR Sarawak. Foto JKR Sarawak

Katanya, kerjasama ini akan terus diperluaskan dengan melibatkan lebih banyak pihak di seluruh bahagian bagi memastikan aduan rakyat sampai ke pihak bertanggungjawab dengan cepat dan tepat.

“Sebagai inisiatif baharu, JKR Sarawak telah melantik pegawai bertanggungjawab bagi aduan di setiap bahagian yang akan berfungsi sebagai pegawai penghubung utama.

“Mereka bertanggungjawab memastikan setiap aduan diterima, disalurkan segera kepada unit berkaitan dan tindakan pantas diambil tanpa sebarang kelewatan,” katanya.

Tambahnya, pelantikannya ini adalah bukti nyata komitmen JKR Sarawak dalam memastikan suara rakyat diambil serius dan ditangani dengan penuh tanggungjawab.

“Prinsip ‘kesedaran terhadap perkara penting’ menjadi teras dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan infrastruktur negeri,” tegas beliau lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Aiman sepatutnya hadir khatam al-Quran, baju sudah ditempah sebelum jadi korban buaya
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.