Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • NSJA anjur kempen ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 12 Oktober ini
  • Utara
  • WILAYAH

NSJA anjur kempen ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ 12 Oktober ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUNJUNG… Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang ketika menerima kunjungan, Jawatankuasa NSJA di pejabat beliau di Miri hari ini.

MIRI: Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) akan menganjurkan kempen pembersihan pantai bertemakan ‘Sayangi Pantai, Sayangi Miri’ pada 12 Oktober ini di Luak Esplanade.

 Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Majlis Bandaraya Miri (MBM), sebagai usaha berterusan untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, ini merupakan penganjuran kali kedua selepas sambutan menggalakkan yang diterima pada tahun lepas.

“Inisiatif ini bukan sekadar untuk membersihkan kawasan pantai, tetapi juga menyampaikan mesej bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah amanah bersama,” katanya selepas menerima kunjungan Jawatankuasa NSJA di pejabatnya baru-baru ini.

KUNJUNG… Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang ketika menerima kunjungan, Jawatankuasa NSJA di pejabat beliau di Miri hari ini.

Menurut beliau, walaupun Ahli Majlis merupakan agensi utama dalam memastikan kebersihan bandar, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan.

“Semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani isu pembuangan sampah dan pengurusan sisa dengan lebih berkesan,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa mesej pemeliharaan alam sekitar perlu disebarluaskan supaya lebih ramai penduduk tempatan dapat terlibat dalam menjadikan Miri sebuah bandar yang bersih, indah dan lestari.

MBM, katanya, akan menyediakan kemudahan dan sokongan logistik bagi memastikan kelancaran kempen pembersihan tersebut.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Regata Baram 2025 ditunda, tarikh baharu akan dimaklumkan
Next: PPS dibuka di Marudi, SMK Telang Usan sedia tampung lebihan mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.