Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibu bapa didorong terap pendekatan positif dalam pendidikan anak
  • Utara
  • WILAYAH

Ibu bapa didorong terap pendekatan positif dalam pendidikan anak

Utusan Sarawak 15 hours ago
JOHNNY Pang berucap pada majlis penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan TABIKA/TASKA PERMATA KEMAS Bahagian Bintulu 2025, hari ini.

BINTULU: Kerajaan Sarawak menekankan pendidikan awal kanak-kanak sebagai asas melahirkan modal insan berkualiti selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, ibu bapa memainkan peranan penting sebagai rakan strategik kerajaan dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Pendidikan awal bukan hanya tertumpu kepada akademik, sebaliknya turut merangkumi pembangunan emosi, sosial, moral dan spiritual. 

“Ibu bapa perlu mengaplikasikan pendekatan positif dalam mendidik anak-anak di rumah,” katanya.

JOHNNY Pang menyempurnakan simbolik penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan TABIKA/TASKA Permata KEMAS Bahagian Bintulu 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)/Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Bintulu 2025 di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Menurutnya, bengkel anjuran KEMAS itu memberi peluang kepada ibu bapa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan, seterusnya menyokong usaha kerajaan memperkukuh pendidikan awal di peringkat komuniti.

Johnny Pang menegaskan kerajaan Sarawak komited memastikan setiap anak di Bintulu, khususnya di Tanjong Batu, mendapat akses kepada pendidikan awal terbaik demi kesejahteraan keluarga dan pembangunan masyarakat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Sarawak X-tive 2025 perkukuh gaya hidup sihat dan perpaduan masyarakat Sibu
Next: Program Jiwa@Komuniti MADANI kukuh perpaduan dan kesedaran kesihatan di Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.