
MIRI: Laluan pendakian Bukit Kasut di Taman Negara Niah ditutup sementara berkuat kuasa serta-merta berikutan hujan lebat yang melanda sejak kebelakangan ini.
Pihak pengurusan taman dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu dibuat bagi memastikan keselamatan pengunjung memandangkan keadaan laluan yang licin dan berisiko tinggi selepas hujan.
“Penutupan ini adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, selain memberi ruang kepada pihak kami memantau keadaan laluan sebelum dibuka semula,” menurut kenyataan itu.
Pengurusan taman turut menasihatkan orang ramai supaya merancang lawatan ke tarikh lain sehingga laluan berkenaan kembali dibuka apabila keadaan cuaca mengizinkan.
Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh menghubungi Pejabat Taman Negara Niah di talian 085-737454/450 atau Pejabat Tempahan Taman Negara Miri di 6085-434184 atau 435384.
Oleh Liong Chai Ling