SIBU, 16 Oktober: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengingatkan semua pembayar cukai taksiran supaya menjelaskan bayaran bagi penggal kedua tahun 2026 sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
MPS menerusi kenyataan hari ini menasihatkan pembayar cukai yang menggunakan perkhidmatan JomPAY supaya membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 27 Oktober ini.
Menurutnya, pembayaran awal perlu dilakukan bagi mengambil kira tempoh pemprosesan transaksi bank yang mengambil masa selama tiga hari.
“Pembayar cukai yang membuat pembayaran melalui JomPAY dinasihatkan supaya membuat bayaran selewat-lewatnya pada 27 Oktober bagi mengambil kira tempoh pemprosesan transaksi bank selama tiga hari,” ujarnya kenyataan itu.
Sehubungan itu, MPS menggesa semua pembayar cukai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah pemprosesan pembayaran.
MPS turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan tanggungjawab pembayar cukai dalam menyokong usaha pembangunan bandar Sibu.
Oleh Akun Giman





