Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa jalan utama di Simanggang ditutup Pesta Benak 2025
  • WILAYAH

Beberapa jalan utama di Simanggang ditutup Pesta Benak 2025

Utusan Sarawak 17 hours ago
LOKASI penutupan jalan sempena Pesta Benak 2025. Foto IPD Sri Aman

SIMANGGANG: Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal apabila beberapa jalan utama di Simanggang ditutup sempena penganjuran Pesta Benak 2025 yang akan berlangsung dari 19 hingga 21 September ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, penutupan jalan akan bermula 18 September (Khamis) 12.00 tengah malam hingga 21 September, 12.00 tengah malam melibatkan lokasi tumpuan utama bandar.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Main Bazaar (Kubu Alice dan Hotel Pigeeon Inn), Jalan Sabu Lama (sebelah bangunan Sesco), Lorong 2 Jalan Club, Jalan Council (Hong Leong Bank), simpang masuk Jalan Durian dari Bulatan Merpati, simpang masuk Jalan Council (hadapan Kedai RB Ahmad) serta Lorong 2 Jalan Council.

Sebagai alternatif, pengguna jalan raya dari arah Temudok boleh menggunakan laluan Jalan Hollis, Jalan Berayun, Jalan Hospital, Jalan Bayu, Jalan Kejatau, Jalan Foo Chow, Pasar Baru dan Jalan Astana.

Sementara itu, pengguna dari arah Lingga boleh menggunakan laluan Jalan Lingga, Jalan Datuk, Jalan Astana.

“Orang ramai diminta mematuhi papan tanda serta arahan petugas trafik demi kelancaran dan keselamatan sepanjang berlangsungnya Pesta Benak 2025,” tegas beliau.

Pesta Benak 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri, sekali gus menjadikan pengurusan trafik aspek penting bagi memastikan sambutan berjalan lancar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Missing man reported in Kuching
Next: Aqib ENT suntik semangat pekayuh Team Pak Ajis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.