Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Anwar harap projek SSLR beri keselesaan untuk penduduk utara Sarawak
  • TEMPATAN

Anwar harap projek SSLR beri keselesaan untuk penduduk utara Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada majlis pelancaran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini. Foto UKAS

LIMBANG: Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak (SSLR) diharap dapat memberikan keselesaan buat penduduk di utara Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan memahami kesukaran mobiliti penduduk utara Sarawak, terutamanya dalam aspek akses kepada jalan raya lebih baik.

Perdana Menteri berkata faktor geografi di kawasan itu juga menjadi cabaran untuk melaksanakan projek tertentu, yang boleh membuatkan kos sesuatu projek menjadi lebih tinggi.

“Tadi saya naik helikopter dari Miri ke Limbang dan perlu melalui negara Brunei, saya faham betapa sukarnya buat penduduk di kawasan ini.

“Semasa menaiki helikopter saya dapat melihat kawasan berbukit-bukau yang tinggi, sebab itu kos (melaksanakan projek) lebih tinggi (di sini) dan memerlukan dana besar,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini. 

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada majlis pelancaran projek SSLR Fasa 2 di Nanga Medamit di sini, hari ini. Foto UKAS

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

Projek sepanjang 335 kilometer (km) itu, akan menghubungkan kawasan Mulu, Nanga Medamit (Limbang), Long Luping (Lawas) serta Ba’kelalan.

Projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, jambatan, jejambat, lampu jalan dan sistem perparitan.

SSLR Fasa 2 merupakan kesinambungan kepada SSLR Fasa 1 bermula dari Lawas ke Long Luping yang dimulakan pada 2021 dan kini telah mencapai kemajuan pelaksanaan sebanyak 57.6 peratus.

-Bernama

Continue Reading

Previous: SMC Chairman slams rampant illegal moneylender ads
Next: 22 pasukan bakal berentap rebut gelaran Raja Sungai Benak Batang Lupar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.