Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Putera Harry bertemu Raja Charles selepas 19 bulan
  • GLOBAL

Putera Harry bertemu Raja Charles selepas 19 bulan

Utusan Sarawak 7 hours ago

PUTERA Harry dan Raja Charles

LONDON: Putera Harry bertemu Raja Charles III buat pertama kali dalam tempoh 19 bulan pada Rabu apabila mereka mengadakan pertemuan peribadi untuk minum teh di Clarence House, lapor PA Media/dpa.

Pertemuan bersemuka itu berlangsung selama 54 minit di kediaman raja di London, selepas Harry sebelum ini menyatakan harapan untuk berdamai dengan keluarganya pada Mei lalu.

Istana Buckingham mengesahkan baginda dan Harry meluangkan masa bersama di kediaman tersebut.

Harry dilihat memasuki perkarangan kediaman diraja itu pada petang Rabu selepas menghadiri satu acara di Centre for Blast Injury Studies di Imperial College London.

Duke of Sussex itu tiba menaiki Range Rover hitam pada 5.20 petang dan beredar pada 6.14 petang untuk menghadiri majlis bersama Yayasan Invictus Games pada sebelah malam.

Raja Charles, yang masih menjalani rawatan kanser, tiba di London dari Balmoral pada Rabu, sehari sebelum tamatnya lawatan empat hari Harry ke UK yang mencetuskan spekulasi mengenai pertemuan tersebut.

Baginda mempunyai beberapa urusan rasmi tertutup termasuk mesyuarat Majlis Privy di Istana St James, diikuti penganugerahan kepada seorang mangsa terselamat Holocaust, Manfred Goldberg, sebelum memberi ruang untuk pertemuan dengan Harry.

PUTERA Harry bertemu Raja Charles III buat pertama kali dalam tempoh 19 bulan pada Rabu apabila mereka mengadakan pertemuan peribadi untuk minum teh di Clarence House, lapor PA Media/dpa.

Harry kemudian menuju ke majlis resepsi Invictus Games di City of London, namun tiba lewat berikutan kesesakan lalu lintas di pusat bandar susulan mogok perkhidmatan Tube.

Harry kali terakhir bertemu Charles pada Februari 2024 apabila beliau pulang tergesa-gesa dari California selepas ayahandanya disahkan menghidap kanser. Pertemuan itu berlangsung kira-kira 30 minit, tanpa kehadiran isterinya Meghan serta anak-anak mereka.

Sejak berpindah ke Amerika Syarikat pada 2020, Harry sering mengkritik keluarga diraja dalam wawancara bersama Oprah, dokumentari Netflix, temu bual dan autobiografinya Spare. Beliau mendakwa Charles cemburu terhadap Meghan dan Kate, tidak memeluknya ketika mengkhabarkan kematian ibunya Puteri Diana, dan merayu agar anak-anaknya “tidak menjadikan tahun-tahun terakhir baginda penuh derita.”

Harry kekal renggang dengan abangnya, Putera William, yang sibuk dengan acara rasmi minggu ini termasuk lawatan ke Cardiff sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Pemerhati diraja kini menunggu sama ada Harry akan berdiam diri mengenai pertemuannya dengan raja atau sebaliknya wujud maklumat daripada pihak istana.– Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Helikopter dinaiki empat orang terhempas di Papua, Indonesia
Next: Gempa bumi Afghanistan jadikan 600 kanak-kanak yatim piatu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.