Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekurangan ambulans di luar bandar perlu segera ditangani
  • WILAYAH

Kekurangan ambulans di luar bandar perlu segera ditangani

Utusan Sarawak 21 hours ago
AHLI Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Libat Urus Awam RMK13 peringkat Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KOTA PADAWAN: Kekurangan perkhidmatan ambulans di beberapa kawasan luar bandar menjadi kebimbangan utama Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang menegaskan bahawa isu ini perlu segera ditangani kerana melibatkan keselamatan nyawa rakyat.

Beliau berkata masyarakat setempat sering mengemukakan aduan mengenai perkhidmatan ambulans terutamanya ketika berdepan situasi kecemasan.

“Kadang-kadang apabila ada kecemasan, perkhidmatan ambulans tidak tersedia atau tidak dikawal dengan baik. 

“Saya sudah membangkitkan perkara ini kepada pihak kementerian dan difahamkan mereka sedang menstruktur semula serta melantik pengarah baharu bagi memperbaiki kelemahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sesi Libat Urus Awam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Pusat Khidmat Rakyat Puncak Borneo hari ini.

Menurutnya, kelemahan fasiliti perubatan di pedalaman merupakan antara cabaran yang harus diberi perhatian dalam RMK13 seiring dengan beberapa cadangan utama lain yang beliau bawa bagi kawasan Puncak Borneo.

Antara cadangan tersebut ialah percepatan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Borneo yang tertangguh, peningkatan infrastruktur asas luar bandar termasuk jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik, serta peluasan peluang pendidikan kemahiran melalui Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan biasiswa untuk pelajar miskin.

Beliau menegaskan semua cadangan itu berpaksikan keperluan rakyat luar bandar yang masih berdepan dengan akses terhad kepada pendidikan, kemudahan asas dan kesihatan.

“Apabila infrastruktur asas, pendidikan dan fasiliti kesihatan diperkukuh, ia akan memudahkan kehidupan rakyat, mengurangkan jurang luar bandar-bandar serta memastikan pembangunan negara benar-benar inklusif,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang selepas bot ekspres bertembung kapal kargo di perairan Tanjung Kunyit
Next: Rondaan rutin aset Maritim diteruskan di perairan Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.