Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa klinik dan kemudahan kesihatan di Betong dinaik taraf, pusat dialisis akan dibina
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa klinik dan kemudahan kesihatan di Betong dinaik taraf, pusat dialisis akan dibina

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas bernilai RM50,000 oleh Petronas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga, hari ini. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: Penduduk Betong bakal menikmati kemudahan kesihatan lebih baik menerusi projek baharu kerajaan negeri, termasuk Klinik Kesihatan Spaoh bernilai RM36 juta serta pusat hemodialisis di Spaoh, Beladin dan Kabong.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata langkah ini penting bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Betong dan Sri Aman selain memastikan masyarakat luar bandar mendapat rawatan lebih pantas dan selesa.

“Tapak sudah diperoleh, pampasan dibayar, dan projek dijangka dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas bernilai RM50,000 oleh Petronas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga, dengan sokongan Persatuan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI) serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Mengulas lanjut, Uggah berkata daripada jumlah kos RM36 juta Klinik Kesihatan Spaoh, Kementerian Kesihatan (KKM) menyalurkan RM16.5 juta manakala RM19.5 juta dibiayai oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA). 

Klinik Kesihatan Mid Layar pula dinaik taraf dengan RM14.5 juta, manakala Klinik Kesihatan Debak menerima RM11.4 juta.

Bagi pesakit buah pinggang, BDDA memperuntukkan RM15 juta untuk menubuhkan tiga pusat hemodialisis yang masing-masingnya bernilai RM5 juta di Spaoh, Beladin dan Kabong.

Uggah menegaskan, strategi ini adalah sebahagian daripada agenda besar kerajaan untuk memperkukuh akses kesihatan luar bandar. 

“Kalau rakyat sihat, negeri akan maju, keluarga pun akan lebih sejahtera,” tambahnya.

Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Presiden I SABATI, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Timbalan Presiden II SABATI, Dato Enn Ong Siok Ean dan Pengurus Besar Kanan Petronas, Datin Arni Laily Anwarrudin.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Suasana hiba selubungi Jeti Kabong, operasi SAR ditamatkan petang tadi
Next: Surau Darul Fattah Kampung Nangka bakal dinaik taraf di bawah projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.