Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas dikhuatiri hilang selepas mandi di sungai
  • Utara
  • WILAYAH

Warga emas dikhuatiri hilang selepas mandi di sungai

Utusan Sarawak 3 days ago
BARANG milik mangsa yang dilihat masih tinggal di jambatan di lokasinya mandi.

LAWAS: Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas mandi di sungai berhampiran Kampung Siang-Siang Laut, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D.Primus Tiandun berkata sepasukan anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa Tuah  Lamat, 80, pada 6.47 petang.

Menurutnya lagi berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga mangsa, sebelum kehilangannya mangsa sedang mandi berdekatan jambatan di rumahnya.

“Sekitar 6.00 petang, kakaknya mencari mangsa selepas mangsa tidak balik ke rumah kerana mandi di sungai berdekatan dengan rumahnya.

“Hanya barang-barang milik mangsa seperti tuala dan selipar masih tinggal di jambatan tempat mangsa mandi,” katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk kampung turut menjalankan pencarian awal di sepanjang sungai sebelum menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SAR masuki hari keenam, Aiman masih gagal ditemui
Next: Laungan azan bergema di perairan Kabong, ikhtiar cari Aiman yang masih hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.