Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM pantau keadaan banjir di Lubok Antu, penduduk diingat berwaspada
  • Tengah
  • WILAYAH

APM pantau keadaan banjir di Lubok Antu, penduduk diingat berwaspada

Utusan Sarawak 4 days ago
PEMANTAUAN banjir yang dilakukan oleh anggota APM di sekitar Daerah Lubok Antu hari ini. Foto: APM Lubok Antu

LUBOK ANTU: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan paras air di beberapa kawasan di daerah ini meningkat, sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk setempat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel memaklumkan, Jalan Kejemut kini dinaiki air setinggi 0.68 meter dan terus meningkat.

Katanya lagi, keadaan itu menyebabkan laluan utama berkenaan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan, termasuk kenderaan berat.

Penduduk di Rumah Panjang Kejemut, Tembong, Tabut serta murid dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut turut terjejas susulan jalan tersebut terputus hubungan.

Sementara itu, Jalan Merbong turut dinaiki air setinggi 0.30 meter, menyebabkan gangguan akses ke SK Merbong dan Rumah Panjang Merbong.

FOTO: APM Lubok Antu

Laluan itu kini tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil sekali gus menjejaskan pergerakan harian penduduk.

Walaupun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini, pihak APM memaklumkan keadaan masih terkawal namun pemantauan rapi terus dijalankan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, menyimpan keperluan asas dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga sekiranya keadaan bertambah buruk,” jelas Desem.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Dialog PDRM–komuniti perkukuh usaha cegah jenayah di Bintulu
Next: Royston serah tapak lima projek infrastruktur di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.