Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Temasya Warisan Pahang 2025
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Temasya Warisan Pahang 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menghadiri Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berlangsung di Muzium Kontemporari Seni Pahang, semalam. Foto Astana Negeri Sarawak

KUANTAN: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, telah menghadiri Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 yang berlangsung di Muzium Kontemporari Seni Pahang, semalam.

Majlis penuh warna-warni itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, isteri Datin Seri Dato’ Hajah Borhah Mohammed serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menghadiri Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj yang berlangsung di Muzium Kontemporari Seni Pahang, semalam. Foto Astana Negeri Sarawak

Sejurus ketibaan, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bersama Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang serta dif-dif kenamaan lain melawat Muzium Tunku Azizah dan Muzium Kontemporari Seni Pahang.

Lawatan ini menampilkan pelbagai koleksi fesyen, tekstil dan keunikan busana tradisional wanita Melayu termasuk Tenun Pahang Diraja, Songket, Broked, Limar, Kelingkan dan Telepuk.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan penutupan yang disampaikan Sultan Pahang, baginda mencadangkan agar Air Borneo mengadakan penerbangan dua hingga tiga kali seminggu ke Negeri Pahang dan Melaka bagi mengeratkan ukhuwah serta silaturahim antara tiga wilayah tersebut. Baginda turut menzahirkan harapan agar cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Sarawak.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menghadiri Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj yang berlangsung di Muzium Kontemporari Seni Pahang, semalam. Foto Astana Negeri Sarawak

Temasya Warisan Pahang 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 7 September ini bertaraf antarabangsa dengan pelbagai pengisian termasuk bengkel kraf, demonstrasi interaktif, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan, Pertandingan Tenun Piala Tunku Azizah serta persembahan budaya dari Sarawak.

Majlis turut diakhiri dengan lawatan ke Muzium Kutubkhanah Diraja.

TUN Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah telah menghadiri Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj yang berlangsung di Muzium Kontemporari Seni Pahang, semalam. Foto Astana Negeri Sarawak 

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang serta kerajaan Pahang atas jemputan ke temasya ini yang dilihat sebagai usaha murni dan strategik dalam memelihara warisan budaya negara sekali gus mempererat hubungan antara Wilayah Sarawak dan Negeri Pahang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak terajui misi tenaga hijau ke Berlin dan Paris
Next: Ratusan pengunjung saksikan fenomena gerhana bulan penuh di Planetarium Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.